Webinar Bijak Berbicara Siri 1
26 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 25 April 2026, seorang peserta telah mengikuti sesi Webinar Bijak Berbicara Siri 1 yang dijalankan melalui platform Google Meet. Webinar ini bertujuan memberi pendedahan mengenai asas penyampaian sajak, termasuk teknik sebutan yang betul, intonasi suara, penggunaan ekspresi muka serta penghayatan dalam setiap bait sajak.
Dalam sesi ini, peserta didedahkan kepada kepentingan penyampaian yang jelas dan berkesan bagi memastikan mesej sajak dapat disampaikan dengan baik kepada pendengar. Peserta juga mempelajari bagaimana kawalan suara, ritma dan ekspresi dapat membantu menghidupkan persembahan sajak agar lebih menarik dan berkesan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: